Aktiviti

EKOPELANCONGAN
Aktiviti Ekopelancongan merupakan aktiviti yang menawarkan untuk para pelancong melawat tempat-tempat yang menarik yang berada di sekitar Homestay Kg.Rawa. Tempat-tempat yang menarik adalah seperti Bukit Broga, Hutan lipur lenggeng, Perkampungan Orang Asli dan Kandang Ostrich. 

Bukit Broga (15km dari Homestay Rawa)





Hutan Lipur Lenggeng 
(10km dari Homestay Rawa)




Perkampungan Orang Asli




 Kandang Ostrich






AGROPELANCONGAN
Aktiviti Agropelancongan yang ditawarkan di Homestay Kg.Rawa adalah seperti pertanian dan penternakan. Pertanian merupakan aktiviti yang komersial yang dijalankan oleh penduduk Homestay Kg.Rawa tersebut. Aktiviti pertanian yang dijalankan adalah seperti penanaman pokok buah-buahan. Penanaman pokok buahan-buahan adalah seperti pokok durian belanda, pokok pisang, pokok nenas, pokok jambu batu, pokok durian belanda, pokok nangka dan pokok serai. Di Homestay Kg.Rawa juga menjalankan aktiviti penternakan. Penternakan yang dijalankan dimana ternakan yang terdapat di Homestay Kg.Rawa adalah seperti haiwan ternakan angsa, ayam, burung puyuh, ikan keli, kambing dan lembu serta ternakan kuda. Industri Kecil dan Sederhana juga terdapat di Homestay Kg.Rawa dimana boleh belajar cara untuk membuat kuih dan juga cara membuat sos. Sos di Homestay Kg.Rawa yang popular adalah seperti sos cendawan.

PERTANIAN



PENTERNAKAN












INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)






EDUPELANCONGAN
Aktiviti edutourism yang ditawarkan di Homestay Kg.Rawa adalah seperti aktiviti berkuda, demo memasak, kraftangan, malam kebudayaan dan sukan tradisi. Aktiviti edutourism merupakan aktiviti untuk belajar cara kebudayaan dan kemasyarakatan yang berada di Homestay Kg.Rawa.

AKTIVITI BERKUDA





DEMO MASAKAN




KRAFTANGAN






MALAM KEBUDAYAAN
(Tarian Minangkabau dan Tarian Piring)






SUKAN TRADISI







































No comments:

Post a Comment