Pengenalan

Selamat Datang ke Blog Homestay Rawa. Homestay ini telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan terletak di Kampung Rawa Hilir Lenggeng, Negeri Sembilan. Perjalanan ke Homestay Rawa ini mengambil masa selama 45 minit dari Kuala Lumpur. Homestay rawa ini dinamakan As Equestrian yang kini amat tersohor di seluruh dunia. Puan Saadiah Othman selaku pengerusi Homestay Rawa mengatakan bahawa penubuhan Homestay Rawa adalah permintaan ramai terhadap penubuhan homestay di kawasan tersebut. Penubuhan homestay ini telah berdiri kukuh selama tiga tahun dengan sambutan pengunjung yang amat menggalakkan. Setakat ini sebanyak 17 buah rumah telah menyertai dalam program Homestay Rawa ini antaranya Masar Homestay, Cik Mana, Tok Anggut Homestay dan lain-lain serta boleh menampung sebanyak 80 orang tetamu dalam satu masa.

Di AS Equestrian Centre terdapat beberapa kemudahan seperti stable kuda arena bersaiz standard dan padang rumput untuk aktiviti menunggang kuda. Aktiviti menunggang kuda dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman dalm pengendalian berkuda dan latihan untuk menunggang kuda Encik Aqil Areqil Azwan anak kepada Puan Saadiah Othman. Seterusnya, Homestay ini juga terkenal dengan tarian Joget Lambak dan Piring dari segi persembahan sekaligus menyediakan pelbagai aktiviti pelancongan ekologi, pendidikan dan pertanian Homestay Rawa.

Suasana di Homestay Rawa mampu menggamit pelbagai memori terindah kepada para pengunjung. Umum mengetahui bahawa Homestay Rawa merupakan tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi bagi mereka yang sukakan cabaran dan berminat dalam aktiviti lasak  seperti menunggang kuda yang merupakan aktiviti tarikan paling utama bagi homestay ini.

Pelancong  juga berpeluang mempelajari dan merasai pengalaman sendiri adat dan budaya bagi penduduk setempat seperti Tarian Piring, Joget Lambak dan Cak Lempong. Dengan ini, Homestay Rawa telah mendapat sambutan yang mengagumkan daripada pengunjung dari luar dan dalam negara.









No comments:

Post a Comment